Wednesday, 21 October 2015

#KEGAGALAN SEBAGAI YURAN KEJAYAAN

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..teruskan usaha jangan putus asa.

Kegagalan sebagai yuran kejayaan?

Betul ke?
Sebelum ke arah jawapan, saya timbulkan lagi persoalan…pernah rasa kegagalan?
Jawapan untuk kedua-dua soalan..”Ya, setiap orang PASTI pernah rasa kegagalan dan kegagalan itulah yang menjadi yuran kejayaan!”
Namun, ada juga kegagalan yang menjadi HUTANG kejayaan.
Hutang? kejayaan pun ada liabiliti?
Ya, hanya putus asa akan memberi liabiliti kepada kejayaan.
Bagaimana?
Jika kita sudah mengalah sebelum berjuang, kita akan terpaksa berkerja lebih! Lebih masa dan lebih tenaga kerana banyak masa kita terbuang kerana berhenti separuh jalan.
Akibatnya, kita jauh ketinggalan dalam mendaki gunung kejayaan.
 “Aku dah berusaha tapi..kenapa masih gagal?”
Kata bijak pandai, bukan kita merancang untuk gagal tapi kita yang gagal merancang.
Allah beri kita kegagalan bukan bererti Allah buang kita ke pulau kegagalan untuk selamanya. Selami ibrah yang Allah beri.
Jangan kita terus hidup di pulau kegagalan namun kita cuba bangkit dan pulaukan kegagalan itu. Sampai bila kita ingin terus di dalam selimut kekecewaan?
Di bantalkan dengan keluhan?
Kita ambil iktibar dari kisah kejayaan Col. Harland Sanders iaitu pengasas KFC.
kejayaanBeliau telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapatkan platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.
Apa ikhtibarnya disini?
Bak kata pujangga, hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
Contohi kegagalan? Nak ulang kegagalan? karutlah!
Bukan mengulang tapi mengkaji!
Kaji dari mana PUNCA kegagalan dan PENGHALANG kejayaan.
Jika dahulu kita gagal mengurus masa, mulakan dengan sifat menghargai masa. Secara logiknya, benda yang berharga tidak akan mungkin kita sia-siakan.
Bagaimana menghargai masa?  Hargai masa dengan mengisi masa. Bagaimana mengisi masa?
Ini jawapannya..
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr, 103:1-3)
Hargai masa kerana ia seperti air yang deras hanya berhenti bila sampai ke hujung.
Jika dahulu kita gagal dalam merancang, mulakan dengan menentukan matlamat. Tiada gunanya perancangan jika tiadanya matlamat.
Tentukan keutamaan daripada kemahuan. Buat analisis untuk menentukan prioriti. Dengan cara ini mudah melihat kelancaran perancangan yang dirancang.
Kita sering gagal untuk menguasai kata kerja faham dan hafal. Kita mudah hafal tapi mudah lupa.
Kunci dalam hafalan adalah memahami. Kita mungkin saja mudah menghafal beribu perkataan namun kita sukar memahami satu perkataan.
“Aku faham cuma tak ingat”
Jika ini yang kita alami, ertinya kita belum faham. Mengapa? jika kita faham sudah tentu kita ingat. Jika kita ingat tidak semestinya kita faham.
“Bingung..Tak perlulah berbelit-belit!”
Tak perlu bingung. Kuasai teknik memahami. Bagaimana?
Caranya mudah. Untuk memahami perlu mengetahui dahulu. Kita perlu tahu apa yang kita baca.
Contohnya,
“Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan terbantutnya pembesaran ”
fahami ayat ini dengan bermain dengan imaginasi dan timbulkan persoalan dan jawab persoalan itu dengan cara mencari maklumat lebih tentang itu.
Apa kaitannya pembesaran dengan vitamin A? dan jika kita kembali kepada fungsi vitamin A, vitamin A adalah elemen penting untuk menghasilkan sel-sel baru.
Jika tiadanya vitamin A, sel-sel baru tidak akan dapat dihasilkan dan dengan mudah kita dapat kesimpulan yang sudah tentu pembesaran terbantut kerana tiadanya sel-sel yang baru.
Disini kita dapat memahami dengan menyeluruh tanpa menghafal bulat-bulat contoh fakta tadi iaitu “Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan terbantutnya pembesaran”.
Apabila kita dapat memahami dengan baik, sudah tentu kita dapat menerangkan kepada rakan-rakan kita dengan lebih mudah tanpa mengunakan ayat didalam nota yang di beri.
Akhir sekali, jangan masuk lubang yang pernah kita jatuh dahulu.
Jika tersungkur lekas bangun. Selagi Allah dalam hati kita kekuatan pasti ada ketika kegagalan bertandang.
  Tekadkan dalam hati , kegagalan ini pasti akan ku guna untuk mencapai kejayaan. FAILURE IS SUCCESS FEE!!
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” (Surah Al-Inshirah 94:5-6)

Labels:

#JANGAN TERLALU MENGHARAP






Jangan terlalu megharap dan berhenti berharap...



Kekecewaan terbesar yang selalunya berlaku dalam hidup kita adalah meletakkan harapan dan jangkaan pada tempat yang salah.
Perkara ini selalunya berlaku apabila ia melibatkan hubungan kita dengan orang lain.
Berapa banyak orang yang mengalami tekanan jiwa akibat kecewa kerana tidak mendapat kesetiaan yang diharapkan?
Berapa ramai yang menderita dihantui bayangan masa lalu yang mengguris hati?
Oleh itu, menyesuaikan harapan kita terhadap orang lain akan membantu untuk menyingkirkan kekecewaan dan sakit hati yang tidak diperlukan, dalam hidup anda dan hidup orang lain.
…malah membantu kita untuk lebih fokus tentang apa yang lebih penting dan bermakna dalam kehidupan.
Maka kita harus pertimbangkan beberapa perkara ini:

1. Jangan berharap orang lain akan sentiasa bersetuju dengan segala tindakan kita

Kita berhak untuk bahagia.
Kita berhak untuk hidup dalam kehidupan yang kita impikan.
Jangan biarkan pandangan orang lain mengaburi dan membuatkan kita lupa tentang apa yang kita mahukan. Anda tidak dilahirkan ke dunia ini untuk memenuhi kehendak orang lain.
Dan juga jangan mengharapkan orang lain akan memenuhi apa kehendak kita.
Sebenarnya, lebih banyak anda mampu untuk bersetuju dengan keputusan diri sendiri, lebih kurang untuk kita memerlukan persetujuan daripada orang lain.
Kita harus berani untuk menjadi diri sendiri, dan bebas mengikut gerak hati sendiri, walaupun anda berasa takut atau aneh untuk membuktikan perkara itu.
Jangan membandingkan hidup anda dengan kehidupan orang lain, jangan mudah merasa mengalah dengan kejayaan orang lain.Kerana kehidupan setiap orang adalah tidak sama.
Ikutilah cara kita sendiri dan hiduplah dengan gembira.
– jika anda tetap membandingkan hidup, kebahagiaan akan tertangguh
Kejayaan yang terbesar boleh kita capai didunia ini adalah dapat meluangkan masa hidup kita dengan gembira dan bahagia dalam cara kehidupan kita tersendiri.

2. Jangan berharap orang lain akan hormat kita lebih daripada kita menghormati diri sendiri.

Kekuatan sebenar adalah terletak didalam jiwa dan semangat, bukan pada sasanya otot kita.
Ia mengenai kepercayaan terhadap diri sendiri. Jangan sesekali merayu dan mengharapkan, serta menagih kasih kasih, hormat dan perhatian daripada orang lain.
Belajarlah untuk mencintai diri sendiri dahulu.
  • Sampai bila kita nak berharap?
  • Sampai bila kita nak pegang janji orang lain?
  • Apa jaminan untuk setiap penantian kita?
  • Sampai bila kita mahu hati kita terus kecewa?
Apabila kita belajar untuk lebih menyayangi diri sendiri dan belajar untuk menghormati diri sendiri, kita membuka peluang kepada diri kita kepada kebahagiaan.
Apabila kita sendiri sudah bahagia, pastinya kita akan menjadi teman yang lebih baik, ahli keluarga yang penyayang, dan diri sendiri yang lebih sempurna.
Dalam hal ini, contoh terdekat kita boleh lihat dalam hal menjaga aurat.
Jika anda sendiri berpakaian seksi dan ketat, adakah anda boleh mengharapkan orang lelaki yang memandang anda tidak membayangkan perkara yang bukan-bukan, dan seterusnya menghormati anda?
Begitu jugalah dengan perkara lain, ianya bermula daripada diri anda sendiri..

3. Kita tidak perlukan orang lain untuk meyukai kita.

Mungkin kita rasa tak berapa dihargai oleh seseorang, tetapi pada masa yang sama ada orang lain sangat mengambil berat terhadap kita.
Sebenarnya ini adalah perkara lumrah dalam dunia.
Bahkan Nabi Muhammad SAW juga dibenci oleh penduduk Mekah pada awal permulaan dakwah, tetapi disambut dengan sepenuh hati dan penuh kegembiraan oleh penduduk Madinah pada peristiwa Hijrah.
Orang tidak lain tidak berhak menentukan harga diri kita.
Kita sendiri yang patut sentiasa mengingati betapa berharganya diri kita, dan meletakkan sendiri nilai diri kita.
Kita harus ingat, tidak kira betapa baik dan ikhlasnya kita terhadap orang lain, pasti akan ada ada yang berpandangan negatif dan tidak menyukai kita.
Kita tidak akan pernah nampak sempurna dimata orang lain.
Apa yang harus kita buat?
Senyum, jangan pedulikan mereka dan teruskan apa yang kita rasa betul.
Dunia yang gila ini akan cuba untuk menjadikan anda sama seperti orang lain, dan pertempuran yang paling hebat yang anda akan tempuhi disini adalah untuk kekal menjadi diri sendiri.
Dan disebabkan sikap anda yang melawan dunia itu, pasti ada yang tidak menyukai anda.
Kadangkala, orang lain akan mengejek nama anda kerana anda berbeza. Namun itu adalah OK. Sesuatu yang menjadikan kita lain, adalah sesuatu yang menjadikan siapa diri kita.
Dan orang yang tepat akan mensyukuri kehadiran anda dalam hidup mereka.

4. Jangan mengharap orang lain akan mendengar kita dan berubah secara tiba-tiba

Kadang-kala, sesetengah orang memang suka meluahkan kepada kita.
Mereka akan meluahkan segalanya termasuk perasaan hati, masalah kerja dan apa yang mereka rasa untuk perlu dikongsikan.
Kita sebagai pendengar, semestinya akan cuba menjadi prihatin dengan memberikan nasihat-nasihat yang kita rasakan boleh membantu mereka keluar dari kekusutan.
Tetapi malangnya.. kata-kata kita ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Segala nasihat kita adalah sia-sia dan tidak diambil peduli. Malah dibalas dengan pelbagai alasan.
Dan orang itu tetap lagi meluahkan masalah yang sama, lagi dan lagi. Pasti rasa geram bukan?
Sabar.
Memang sesetengah orang begitu perangainya. Mereka hanya mahu meluahkan, hanya mahu orang yang mendengar masalah.
Stop expecting people to be a certain way.
Kita boleh memberi nasihat, namun jangan berharap mereka akan mengikut setiap apa yang kita katakan.
Apa yang boleh kita buat, berikan sepenuh perhatian, dan hormati jenis mereka yang sebegitu, bukan kerana mereka seperti yang anda inginkan.
Jangan berharap perubahan mendadak..
Jika ada perangai yang tertentu pada seseorang yang anda ambil berat, yang anda harap lama-kelamaan ia akan terhapus, ia mungkin tidak akan terjadi.
Jika anda benar-benar serius untuk mereka berubah, perkara yang terbaik yang boleh dilakukan adalah membuat sesi dari hati ke hati secara jujur dan berterus-terang  dan beritahu apa yang mereka perlu lakukan.
Mungkin perkara ini agak sukar dan mustahil.
Lebih-lebih lagi bila melibatkan orang yang sudah dewasa.
Mungkin bunyinya agak kasar, tetapi biasanya pilihan yang ada adalah menerima mereka seadaanya atau hidup tanpa kehadiran mereka.
Bila kita cuba untuk mengubah orang lain, mereka selalunya akan tetap sama tidak berubah.
Jadi bagaimana?
Nasihatlah secara berhikmah, disamping mendoakan mereka diberi petunjuk oleh Allah. Dunia selalunya akan menjadi medan terbaik untuk mengasah dan memperbetulkan kesilapan seseorang.
Allah itu tidak zalim, Dia sentiasa melindungi hambaNya.

5. Orang lain tidak akan dapat rasa apakah perasaan kita

Orang lain tidak boleh membaca fikiran kita.
Mereka tak tahu apa yang anda rasakan sehinggalah anda memberitahu mereka.
Cikgu tidak akan tahu muridnya tidak faham apa yang disampaikan jika murid tidak bertanya. Bos kita tidak akan tahu kita mengharapkan kenaikan pangkat dan gaji jika kita tidak bersuara.
Seseorang tidak akan tahu jika kita menyimpan hati terhadapnya tetapi kita terlalu malu untuk memberitahu perkara sebenar.
Dalam kehidupan, kita harus  berkomunikasi dengan orang lain secara kerap dan efektif. Mulakan perbualan dan cuba buang perasaan malu.
Malu biar bertempat dan jangan sehingga menyusahkan hidup sendiri. Berkomunikasi dengan efektif tidak semestinya perlu bercakap banyak.
Ianya semudah dengan berkata perkara yang ikhlas, sopan dan jelas.
Supporting, sharing and making contributions to other people is one of life’s greatest rewards. Ia boleh berlaku dengan sendirinya kerana kita semua didunia ini selalunya berkongsi impian, keperluan dan masalah yang sama.

6. Jangan berharap kesetiaan dan percaya kepada janji

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan. Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Jangan mudah goyah.
Apa yang perlu adalah menguatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan orang lain tak boleh dipaksa
Oleh itu jangan mudah meletakkan sepenuh hati kita pada sesuatu janji.
Bila kita terlalu berpegang pada janji setia, ia ibarat meletak gelas kaca betul-betul dihujung meja. Sekali gelas itu jatuh berderai dilantai, apabila dicantumkan kembali, ia tidak akan kembali sama.
Begitulah juga hati kita.
Sekali sudah tergores, sukar untuk pulih kembali. Sekali sudah berderai, mustahil untuk hati kita pulih kembali.
Kitalah yang bertanggungjawab untuk menjaga hati sendiri


Penutup

Tidak semua orang boleh berperangai dan bersifat seperti yang anda harapkan.
Tidak mungkin semua orang akan sentiasa setia dan menjaga hati kita, seperti kita menjaga perasaan mereka.
Apa yang kita harus sedar, hidup ini tidak seindah telenovela.
Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
Berharaplah yang terbaik, tetapi jangan letak jangkaan yang tinggi. Dan ingatlah, kekuatan kebahagiaan kita berkait secara langsung dengan pandangan dan bagaimana kita berfikir tentang sesuatu perkara.
Dan walaupun sesuatu perhubungan itu tidak berlangsung dengan lancar, mungkin ada satu dua perkara yang berbaloi, yang mengajar kita sesuatu dan perkara yang baru.
Tanamkan dalam hati sendiri ‘pasti ada hikmah di sebalik semua ini’.

Labels:

Wednesday, 30 September 2015

#Bukan Senang Nak Break Up




Pintu tingkap dibuka. Angin sepoi sepoi bahasa meyapa muka. Aku suka pagi di u . Sangat tenang.
Mata beralih ke screen laptop. Seusai membaca mathurat selepas subuh tadi aku terus on laptop. Salah satu cara untuk tidak tidur lepas subuh mungkin.
Tiba tiba aku dikejutkan oleh satu suara dari belakang.
“oow, dah pandai bercinta ea sekarang..” ina menegur.
“bercinta? Mana ada.” Soalku kehairanan.
“tu, kat laptop tu apa? Bukan bercinta namanya? Bukan main lagi letak wallpaper pasal cinta cinta ni.” Tambah ina lagi
Aku tersenyum. Pipi terasa panas.
“tengok, muka dah blushing. Nak tipu lagi konon.” Ina terusan mengusikku.
“Kau la, yang ajar aku bercinta ni. Kau jangan nak tinggal aku. Biar aku sorang sorang lepas kau kenalkan aku dengan dia” aku menambah.
“aku rasakan  bila orang dah angau bercinta ni, dia dah tak ingat benda lain dah. Ingat cinta tu je. Entah entah nanti kau yang tinggalkan aku “ ina seolah olah merajuk.
Aku tersenyum lagi. Kawanku sorang ni memang kalau dah merajuk, dialah no 1.
“ok, aku janji. Aku takkan tinggalkan kau. Tapi, aku minta maaf lar ye, kau takkan jadi no 1 dalam list aku.”
Ina memanjangkan muncungnya. “ ya, aku tahu. Aku mesti  takkan jadi no 1 punya. Memang sure la kan, kau akan letak dia no 1 dalam list kau. Aku dah agak dah.
“breakfast jom. Aku buatkan nescafe 3 in 1 untuk kau. Roti sapu mentega kacang sekali. Mahal tau pakej ni. Takkan dapat kat mana mana kedai” usikku.
“okey! Aku masakkan air ya. Kau sediakan roti” rajuk ina beransur hilang.
Aku tersenyum.
Aku masih ingat waktu aku tanya ina adakah dia pernah bercinta. Ina tersenyum sambil menjawab laju.”pernah”.
Aku terpana, aku tengok Ina bukanla budak biasa biasa. Bertudung besar,al-mathurat tak pernah tinggal,usrah tak pernah ponteng, malam malam aku mesti dengar ina membaca al-mulk sebelum tidur. Nak dibandingkan dengan aku. Macam langit dengan bumi. Macam bumi dengan matahari. jauh bedanya. Masakan ina tak tahu yang bercinta tu…
Ina memandangku kehairanan.” Kenapa muka macam nampak hantu ni” ina menyoal.
“Aku tengok kau sebagai budak yang sangat baik. Seorang wanita yang sangat solehah. Takkan kau tak tahu yang bercinta tu..” aku menyoal.
“bercinta tu apa?” Ina menyoal.
“bercinta tu haram.” Jawabku pendek.
Aku tahu bercouple itu haram walaupun aku sendiri punya teman lelaki, tapi aku memekakkan telinga membutakan mata dengan kenyataan itu kerana menurut hawa nafsu, mengikut arus buatan manusia. aku tahu yang benda ramai orang buat tu tak semestinya betul. Tapi aku abaikan semua itu.
Ina ketawa.
“cik adik sayang, bercinta tu tak salah. Cinta tidak terhad hanya antara lelaki dan perempuan. Cinta pada Allah,Rasul,keluarga, rakan rakan. Cinta pada haiwan, alam sekitar. Itu semua juga dinamakan cinta. Cinta itu tidak haram tetapi yang menjadikan cinta itu haram adalah pencintanya. Cinta antara lelaki dan perempuan itu dibolehkan tetapi selepas akad yang sah”. Kata Ina sambil tersenyum lebar.
“jadi, Ina sekarang bercinta dengan siapa?” tanyaku lagi
“cinta pada Allah. Pada Rasul dan keluarganya, cintakan keluarga dan sahabat sahabat.” Jawabnya ringkas.
“tapi, bahagia ke?”
Padaku kalau ada teman lelaki, setiap hari mesti ada yang bertanya khabar kita, ada yang risau bila sakit,ada yang sanggup tolong hantar makanan apabila kita lapar.ada orang pujuk bila merajuk. Padaku, ianya membahagiakan.
Ina tersenyum lagi.
“ ya, aku akui yang aku selalu saja tengok orang yang ada teman lelaki ni, senyum sorang sorang bila baca mesej. Tapi aku nak tanya kau, antara bahagia dan derita mana yang lebih banyak kalau ada teman lelaki ni? Aku tahu aku bukanlah pakar cinta, tapi aku tengok orang yang bercinta banyak sakit hati, kadang kadang menangis. Ada bahagianya tapi lebih banyak derita dan risauannya.” Kata Ina.
Tapi cinta itu fitrah. Jawabku lagi.
“ya, cinta itu fitrah. Untuk mencintai dan dicintai itu juga fitrah. Tapi jangan sampai fitrah itu jadi fitnah. Allah ciptakan kita bersama fitrah dan nafsu. Tapi Allah juga datangkan bersama akal dan iman untuk membantu kita dalam mengawal nafsu dan fitrah itu. Siapa kata cinta pada Allah, Rasul, keluarga dan kawan kawan itu tidak menyeronokkan. Cuba tengok dan perhatikan sekeling kita, setiap benda yang diciptakan adalah untuk kita. Haiwan, tumbuhan, matahari, air, pakaian.semuanya itu tanda cinta Allah pada kita. DIA tidak biarkan kita tanpa bekalan, tidak biarkan kita terkontang kanting selepas DIA menciptakan kita. Tapi DIA sediakan segalanya.  Apa alasan kita untuk tidak mencintai DIA setelah semua yang DIA berikan?.” Kata Ina panjang.
Aku mengangguk angguk tanda setuju.
“tapi, siapa nak pujuk kita bila kita sedih, hadiahkan benda yang comel comel” kataku lagi
Ina ketawa lagi menampakkan lesung pipitnya.
Allah banyak kali pujuk kita dalam Al-quran. Cuba buka surah at-taubah ayat  40 kalau tak silap. kataNYA, “janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu” . dalam surah ali-imran juga ayat 139 “janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng orang yang beriman”. Bayak lagi sebenarnya kata pujukan Allah untuk kita. Baca Quran, lihat tafsirnya sekali, hayati. Tika itu kita akan rasa Allah sangat dekat dengan kita. Bab yang nak hadiah yang comel comel tu, tunggu husband bagi la. Kata ina bergurau. Allah meraikan cinta antara lelaki dan perempuan tu dengan cara yang sangat mulia iaitu dengan perkahwinan” sambung Ina lagi.
“ya la, family aku selama ni pun bukannya tak bagi aku makan, dioranglah yang paling gelabah kalau aku sakit. Adik beradik aku pun walaupun selalu bergaduh tapi dioranglah yang mempertahankan aku bila aku kena buli dulu” sambungku.
Ina tersenyum. “tahu takpe”.
“dan yang teman aku pergi klinik, bagitau lecturer yang aku sakit adalah kawan kawan aku bukannya teman lelaki. Yang belikan bubur dan bising bising suruh aku makan ubat pun kawan kawan aku. Yang berhabis buatkan surprise birthday untuk aku pun diorang “Jawabku lagi.
“tapi Ina, bukan senang nak break up. Nak putuskan hubungan dengan orang yang kita cinta mati ni. Mungkin senang bagi orang orang macam kau yang tak pernah bercinta untuk bercakap. Tapi bagi yang tengah angau dan seronok dalam cinta tu, sakit ina, sakit.”kataku mengharapkan penjelasan.
Ina tersenyum lagi “ aku bukan suruh kau call atau mesej teman lelaki kau sekarang, cakap nak break off. Kenapa? Sebab bercinta tu haram. Aku tak suruh kau buat macam tu, kalau aku, aku pun terkejut dan memberontak.”
“Habis tu?” soalku.
“ do it step by step. Kurangkan berhubung. Kalau bukan keperluan tak payah text atau call. Nanti lama lama bila kau dah kuat, cakap yang kau nak berhenti dari terus macam tu. Kalau dia tanya kenapa, cakap yang mungkin itu yang terbaik dan kalau ada jodoh takkan ke mana. Jodoh itu urusan Tuhan, biar DIA yang tentukan.” Terang ina.
“ mungkin agak sakit pada mulanya. Sakit itu bukan sehari dua tapi mungkin berbulan bulan. Rasa awkward bila mana pagi pagi handphone kosong tanpa mesej.  Tengahari  tiada orang nak tanya dah lunch ke belum. Agak sakit. Aku tahu. Tapi kau kena ingat, Tuhan itu sentiasa ada untuk kita rely on. Kalau tiba tiba teringat, ingat yang kat depan Allah nanti kau nak bagi alasan apa kalau Allah tanya kenapa kau buat benda yang Allah larang. Kalau rasa sedih, cepat cepat mengadu kat Allah dan ingat janji Allah.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Perempuan yang baik takkan senang senang bagi cintanya pada yang tak pasti. Biarkan apa orang nak kata, kolot ke, tak up-to-date ke, berlagak alim ke, pedulikan. Ini bukan berlagak alim atau apa. Ini adalah suruhan Allah yang dah lama DIA cakap tapi kita yang baru nak buat. Yang tentukan syurga neraka, yang memberi rezeki adalah DIA. kau takkan mati dengan cemuhan mereka, pandangan Allah itu yang utama bukan pandangan manusia.
Sibukkan diri dengan aktiviti aktiviti, pujuk hati, tambah rakan rakan yang mampu bawa kau ke jalan yang diredhaiNYA. Sehingga satu hari nanti, aku yakin yang kau akan lebih bahagia begini.percayalah. take your time. Allah nilai setiap usaha, walaupun kecil” sambung Ina lagi.
Air mataku hampir menitik. Aku mengetap bibir. Tekak  terasa berpasir, dada sakit menahan sebak.
“tapi Ina, aku tak kuat. Aku takut Allah tak pandang aku”.
“ sungguh Allah itu maha pengampun maha penyayang. Maha pengasih. Kita tidak pernah terlambat untuk berubah, selagi nyawa belum berpisah dari jasad, selagi matahari belum terbit dari barat, selagi tu kau punya peluang untuk bertaubat. Kau beruntung, sebab saat ini Allah sedang menegur kau dengan bisikan, kau sekarang punya pilihan. Untuk ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Tuhan itu tahu setakat mana kemampuan kita . DIA tahu kau mampu sebab itu sekarang DIA sedang sentuh hati kau.” Sambung Ina .
Air mataku akhirnya tumpah.
“hei,mana rotinya?” tegur Ina.
Aku tersedar dari lamunan panjang.
“jap, jap tengah buat la ni” jeritku dari compartmentku.
Ina datang membawa dua gelas air.
“ina, terima kasih sebab ajar aku bercinta. Cinta pada DIA yang utama. Meletakkan DIA no 1 dalam list aku. Terima kasih sebab sedarkan aku cinta siapa yang patut diutamakan.” Kataku perlahan.
“kenapa tiba tiba buat drama swasta ni” kata ina smbil tergelak.
“yang sentuh hati kamu itu adalah DIA bukan aku, aku hanya penyampai” jawab Ina sayu.
“sekarang siapa heroin drama swasta ni?” kataku tika melihat sayu muka ina.
Ketawa kami pecah dalam tenang damai waktu dhuha.

Labels:

Saturday, 29 August 2015

#SYUKUR SELALU







Kita sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang diberikan. jangan sombong pada Allah. Macam mana dikata sombong? Bila diberi kesenangan diberi nikmat tidak bersyukur. Dalam hati dok cakap " aku dapat result gempak sebab aku usaha " 
,emang kita usaha tapi kalau bukan dengan izin Allah kita tak mungkin dapat result gempak tu.  ingat ! kena sentiasa bersyukur.

Rukun syukur yang pertama ingat kepada Allah yang beri nikmat

  Nikmat yang Allah bagi, bernafas, berjalan, telan air liur . Cuba kita bayang eyh dengan perkara ni kalau kita tak bersyukur lagi. Bayang sekejap je kalau semua nikmat tu ditarik. Kita susah nak bernafas perit kan ? sedangkan bila kita selesema pun nak tidur susah sebab kena bernafas ikut mulut. Haa tengok, tu baru sikit Allah tarik. Lagi contoh eyh kalau kita tak boleh nak telan air liur pastu dok meleleh ja kan susah. Silap hb kalau anak dara orang tak jadi nak pinang tau. Sebab tu kita kena sentiasa bersyukur pada Allah . bukan kena bersyukur untuk benda-benda besar je tapi yang sekecik-kecik ni pun kita kena bersyukur. Sebab kalau nikmat yang sekecik-kecik ni ditarik kita sendiri tahu kan kita rasa susah dia macam mana. Macam contoh saya bagi tadi, pasal selesema. Sebab tu kita sentiasa bersykur dan ingat pada Allah kerana dia yang memberi rezeki pada kita.

Rukun syukur yang kedua ialah gembira dengan nikmat yang diberi

''Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu siarkan.(Q.S AD DHUHA : 11)

Bila Allah bagi kita kesenangan kita kena ucap Alhamdulillah. Sebagai tanda kita ni bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Ucap dan guna kalau kesenangan tu dari segi barang lah. Contoh eyh baju lawa-lawa tak nak pakai.  Bila diberi nikmat kita kena belanja pada jalan Allah. Kesenangan yang diberi nikmat yang diberi kita kena guna, kena pakai tanda kita ni bersyukur bukan disimpan. Beli baju banyak-banyak tapi disimpan.   Saya bagi situasi .
“mah baju tu kau tak nak pakai ke? “
“Aku nak simpan buat raya baju ni lawa “
(padahal baru awal tahu lama lagi nak raya -_-)
Tengok tu, raya lama lagi tu tapi baju tu disimpan-simpan . Cuba tanye pada diri sempat ke kita nak raya? Sempat ke nak rasa ramadhan tu lagi?
Situasi kedua.

Kain pelikat cik abang sekalian tu. Yang buat pi masjid tu. Kat rumah ada kain pelikat cap gajah duduk bagai tapi tak nak jugak dipakainya disimpan. Buat apa cik abang oi? Cuba la dipakai buat pi masjid ni tak pi masjid pakai kain pelikat hok yang lusuh , hok yang lama hok yang jarang pun hado! Kita bukan nak riak or menunujuk pakai yang lawa-lawa tapi Allah kan suka pada kekemasan, nak jumpa Allah ni tak kan nak buruk-buruk tak nak wangi-wangi. Jumpa makwe or pakwe pandai pulak hampa dok melaram nohh .
Situasi ketiga

Buat ibu-ibu yang suka beli pinggan mangkuk tu. Sanggup la pi borong kat langkawi tuh, siap dijampi la pak kastam tak nak kena cukai tinggi tapi bila balik disimpan jugak pinggan mangkuk tu. Bukan nak diguna. Yang diguna buat makan anak-anak dan suami pinggan yang sumbing tu ha. Jangan la masa ada tetamu ja guna pinggan cantik. Ni tak, tu la pinggan untuk kucing makan tu la pinggan buat suami makan. Makcik jangan buat lagu tu nahh.

Semua situasi yang saya dok sebut-sebut tu, kita tahu kan tu sebagai harta benda kita, nanti bila kita tak guna tersimpan je dalam almari tu. Jawab la kita nanti masa diakhirat. Kenapa beli bila kita tidak guna. MEMBAZIR dah.

Bila Allah beri nikmat seperti situasi yang saya dah hurai pakai dan guna bukan kita nak riak tapi sebagai tanda syukur padaNYA. Kita sendiri tahu memakai pakaian yang cantik dan wangi-wangian itu disuruh. TAPI , jangan pulak kita riak atau ujub dengan nikmat yang diberi.
Contoh situasi

Kita cakap depan suami , “abang-abang, mesti saya paling cantik kan nanti masa kat kenduri tu yela dah pakai baju dress lawa n”i .*sambil pandang cermin

Dekat tempat kenduri, dalam hati “lihatlah dunia aku yang paling lawa”

Dah macam cerita mak tiri snow white dah.

Ni namanya ujub , riak. Jangan macam ni Allah tidak suka.

Rukun syukur yang ketiga, kita gunakan nikmat yang kita dapat tu dengan jalan yang diredhai Allah.
 Belanja ibu bapa, anak-anak. Ibu dan ayah tu tidak minta pun duit anak mereka cukup anak-anak ni datang jenguk tapi kita tahu kan tanggungjawab sebagai anak jadi tidak salah berbakti pada ibu bapa dengan manjakan mereka. Masa kecik-kecik mereka manjakan kita beri apa yan kita nak. Kalau ayah kita tu motor dia dah buruk , motor tu la yang bawak dia pergi kebun, motor tu la yang bawak dia pergi masjid why not kita as anak belikan motorsikal yang baru. Mesti gembira hati dia. Bila kita diberi kesenangan berkongsi pada orang tersayang jangan kedekut . Kalau kita sebagai pelajar yang duduk asrama ke di IPTA kita boleh berkongsi dengan rakan-rakan. Macam mana? Belanja la makan ke, masa tengah study group tu bawak la makanan buah tangan makan sama-sama dapat pahala. Jangan kedekut dan risau duit atau makanan kita habis Bila kita memberi Allah akan member kita lebih lagi.

Akhir sekali, jangan lupa berkongsi dengan fakir miskin dan anak yatim. Jikalau tidak banyak sikit pun jadi la.  Ingat bila kita tolong anak-anak yatim dan fakir miskin ni besar pahala kita lagilagi anak yatim. Ingat kalau sekitar rumah kita ada anak-anak yatim yang tinggal atau fakir miskin yang duduk tu bukan ujian bagi mereka tapi bagi kita. Sebab apa? Sebab Allah tu nak uji kita ni berkongsi atau tidak nikmat kesenangan yang Allah beri. Ingat , apa yang rezeki yang kita dapat sedikit tu adalah hak untuk orang lain juga jadi tidak salah memberi .

Ingat ni, nikmat tu seperti haiwan yang tidak diikat, dia akan lari jika tidak diikat. Maka kita ikatlah dia dengan bersyukur.  Sebab apa ? Allah dah bagi kita banyak sangat . Rumah, kereta, makanan, duit, keluarga yang bahagia , nikmat kita menghirup udara tapi kita masih nak complain? Ada seorang sahabat saya berpesan 

"Cukup dalam sehari"

"Tak pun sejam, tak pun seminit, tak pun sesaat"

"Yang mana , Allah dah cipta kita ni dah terbaik. Di beri kita yang kita perlu"

"Siapa kita untuk tidak bersyukur  dan masih nak complain"

"Yang kita ni tak handsome lah , tidak lawalah"

"Tidak kaya lah , takde rumah besar lah."

Memang sedikit hamba yang bersyukur tu, jadinya kita kena lah pandai golongkan diri dalam golongan tu. Ingat kita tiada rumah besar tapi kita masih ada rumah dari orang lain kena jadi gelandangan tiada rumah. Kita rasa kita tidak kaya tapi masih cukup makan bukan? Jadi kenapa masih tidak bersyukur? Allah tu beri apa yang kita perlu bukan yang kita nak.



Labels: